Wednesday, April 6, 2011

I will miss it..

Bersendirian keseorangan di bilik petang-petang camni selalunya akan mengundang rasa sayu di hati.. Fikiran aku tiba-tiba teringatkan lecturer ku, Prof Kamarulazizi Ibrahim aka Prof KI. Dia yg mengajar aku subjek Semiconductor Fabrication Process hampir setahun di sini. 2 semester berturut-turut dgn Prof...dan aku sgt enjoy masuk kelas Prof walaupun serius, aku agak lambat nk faham apa yg Prof ajar..huhu.

Byk benda yg aku dapat semasa dalam kelas Prof...Cerita dan pengalaman hidupnya selalu akan memberi kesan kt diri aku. Prof akan selalu mengaitkan ttg kejayaan dan usaha dlm hidup. Dlm hidup ni, kalau kita tak ada usaha mustahil kita akan berjaya...

"All da best in your life and always work hard. Jangan menindas org lain untuk kita kecapi kejayaan kita sendiri. Kuatkan pergantungan kpd Allah SWT dan selalu percaya pd kata hati bahawa setiap kita berpotensi untuk berjaya. Kalau saya boleh dapat gaji RM20k +++ dlm sebulan..tak mustahil kamu pun boleh miliki sprti sy..malah lebih dr itu..(bkn nk riak kot..tp nk bg kami tcabar..hihi ). Gunakan setiap peluang yg ada utk menimba ilmu. With knowledge, you can have everything...Money is nothing, but knowledge is something. "

Itu nasihat terakhir Prof semasa kuliah terakhirnya minggu lepas...Dan kata yg paling terkesan di hati ini bila Prof cakap

" Saya doakan kamu semua berjaya dlm hidup masing-masing. Kamu semua sy anggap anak-anak sy je.And you are among the best student I have. Jumpalah sy kalau nk minta nasihat atau berkongsi cerita k.."

Huhu..Thanx Prof krn mendoakan kami..Skrg aku dh tak berpeluang menghadiri kuliah itu lg.. I will miss u and your class Prof. (sedih..).Moga Allah memberkati hidup Prof dan bahagia bersama keluarga tercinta (sbb Prof suka share cerita ttg isteri dan anak2nya..hihi)
And I am proudly to say that

You are among the best teacher I ever have and you are just like my father...Kamu bkn sahaja mengajar, bahkan mendidik diri ini menjadi manusia.

Ok baiklah,nk dpt A utk paper ZAT389 sem ni..nanti sy ketuk bilik Prof lg ye...=)

Aku juga manusia biasa...


Saje nk berkongsi rasa...kerana aku juga manusia..

Akhir-akhir ini aku agak 'sibuk' memotivasikan orang. 2-3 kenalan yg sedang dalam masalah kehidupan..oh..senang cerita masalah hati & perasaan..erm, ade juga masalah berkaitan teman-teman..apapun, aku bukanlah nak cerita apa masalah mereka kat sini, sebab telah menjadi etika 'kaunselor' untuk menyimpan semua rahsia para pelanggannya..opsss..(xgaya kaunselor lansung)..dan baru aku tahu ia agak meletihkan tapi sangat menyeronokkan!

Bukan senang nak meminjam telinga mendengar cerita yg sama...berulang2..serius!..aku jadi jemu...tambah lagi, aku juga menghadapi perkara yg serupa...ayyoo! huahuahua..maka, sukalah aku utk ingatkan diri ini dan mereka juga bahwa

"Mengadulah kepada Allah..berdoalah kepada Allah..merintih dan memohonlah padaNYA yg Maha Mendengar, Maha Mengetahui lagi Maha Memahami...kerna DIA tidak pernah dan tidak akan jemu malah amat cinta akan hambaNYA yg sentiasa memohon, mengadu, bergantung dan berdoa padaNYA...SubhanaAllah"

Segala apa yg aku sampaikan hakikatnya adalah untuk diri aku sendiri..aku mengingatkan diri aku sendiri utk terus sujud, terus berdoa, terus mengharap, terus memohon dan terus merintih walau sebenarnya aku juga ada rasa jemu dan putus asa...Nauzubillah Min Zalik..

Jadi, terima kasih tak terhingga sebenarnya pada mereka ini yg sudi mempercayai aku dan berkongsi cerita kehidupan kerna mereka sebenarnya telah ingatkan aku jua...bahwa aku tidak pernah keseorangan dalam meniti hidup ini...Ingatkan aku jua bahwa kisah aku bukanlah 1 dalam sejuta...dan kita sungguh beruntung kerna apa saja yg kita lalui..yg pasti lagi benar..Allah sentiasa bersama kita...beza cuma kita mahu berusaha mendekatiNYA atau menjauhiNYA...

Ingatkan aku jua...
bahwa aku harus terus kuat...terus tabah...terus sabar

Ingatkan aku jua...
bahwa aku perlu terus berdoa...terus sujud...terus solat tanpa jemu...

Ingatkan aku jua...
bahwa aku harus redha...harus rela...harus syukur dengan segala nikmat kurniaanNYA...

Ya Maha Kuasa lagi Maha Agung
Ingatkanlah aku jua...
dalam mencari rahmat kasihMU..

Maaf,agak emosi sedikit...
Teman, demi Allah,aku sayang kamu semua..
Maaf atas kelemahan diri ni..